Monday 24 August 2015

Kenapa saya pilih Vitamin Shaklee



Tajuk entry paling mudah dan tentunya ia lahir dari hati saya yang tulus ini..chewah!
Bab makanan dan minuman yang masuk dalam badan kita kenalah pilih yang terbaik kan. Kena ambil masa sikit untuk kaji itu ini, bukan main taram je kerana kesannya direct kepada badan kita, kesihatan kita dan juga duit kita.
 
Ada SATU SAHAJA SEBAB Shaklee berjaya jadi syarikat nombor satu di Amerika.

1.1 Kajian yang komprehensif dan menyeluruh 

Lebih dari 100 000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan keberkesanan dan ketulenan sebenar. Ujian kualiti ni bukannnya murah, semuanya ongkos. Kalau tiada ongkos gi mana sih untuk bukti ianya selamat??
Benda yang masuk dalam badan kita seharusnya kualiti yang paling tingi. Ish bahaya bila tiada quality testing ni. Quality testing ni bukan macam kat kilang elektronik tu, lampu tak menyala, reject. Badan kita ni lain, bukannya hari ni makan vitamin, esok dah cergas.
 
Lepas tu segala kajiannya diterbitkan untuk lebih telus, takde sorok-sorok. Shaklee ada lebih dari 100 penerbitan saintifik dan 90 lebih daripada kajian tersebut adalah peer-reviewed journal. So ada lah kajian yang dilakukan. Kenapa guna bahan A, bukan bahan B, macamana kadar tindak balas bahan A dengan asid perut kita, semua tu well documented
 
  • Sentiasa Berkesan 
Buat apa bazirkan duit untuk produk yang tidak berkesan kan?
Shaklee ni sangat berani, in English they said BOLD. Shaklee bagi jaminan produknya 100% berkesan atau wang akan dikembalikan. Siapa boleh bagi jaminan macam tu?
Kenapa Shaklee berani beri jaminan tersebut? Kerana mereka mempunyai kajian yang lengkap dan menyeluruh.
 
Shakelee telah menghasilkan teknologi SMART – Shaklee Multinutrient Advanced Release Teknology  yang dilindungi oleh 14 paten.
 
“Proses yang unik ini menggunakan lapisan khusus untuk nutrien tertentu bagi memastikan nutrien yang dicerna di tempat yang betul pada masa yang betul untuk memaksimumkan manfaat. Dalam erti kata lain, beberapa nutrien terbaik diserap dalam perut manakala yang lain perlu melalui usus kecil untuk diserap di dalam usus besar.”
 
  • Sentiasa Selamat
Shaklee ni jalankan lebih daripada 350 ujian dan kajian ke atas semua ramuan baharu untuk mengesan logam berat (heavy metals), racun (pesticides) dan juga sebarang pencemaran berbahaya.
Malah kacang soya yang digunakan untuk menghasilkan Energizing Soy Protein, Lecitin, Mealshakes dan sebagainya adalah non -GMO (non Genetically Modified Organism). Produk makanan seperti kacang soya, jagung, tomato adalah lebih terdedah kepada manipulasi teknologi GMO dan ianya sangat berbahaya kepada kesihatan kita dalam jangka masa panjang. GMO = cell mutation = cancer.
 
  • Sentiasa Mesra Alam
Bila cakap mesra alam, maknanya ianya selamat untuk diri kita dan alam sekitar. Saya paling suka Basic H, pencuci multi kegunaan. Saya buat cuci puting botol susu (selamat untuk anak-anak saya), buat mop lantai (selamat untuk jubin rumah saya dan anak-anak saya) dan air mop lantai tersebut saya curah kat pokok. Segar bugar pokok (selamat untuk tumbuhan). Selain tu, rendamkan sayur dan buah dalam Basic H untuk singkirkan sisa racun. Memang mesra alam dan mesra duit :)
Nak tahu tak, sebotol 16 oz. Basic H ni bersaman dengan 5824 botol pencuci tingkap 26 oz. Banyak botol boleh dijimatkan daripada terbuang di tempat pelupusan sampah. Rasanya ada tak syarikat nutrisi yang lain buat kajian selengkap ini?

Panjangnya menulis, rasa puas hati dan rasa nak berkongsi satu-satunya sebab kenapa saya pilih vitamin Shaklee, iatu kajian yang menyeluruh dan komprehensif. 
Ia berdasarkan fakta dan kajian, bukan main petik je nombor. Got it?
 
Saya nak semua orang dapat rasa kepuasan hati bila ambil produk Shaklee. Memang seronok sangat guna. Semua member Shaklee pun bermula dengan menggunakan produk Shaklee, bila dah guna tu jatuh hati dan rasa nak khabarkan pada dunia, saya dah jumpa produk best sekali dalam hidup saya.

No comments:

Post a Comment